Budaya Membakar Kayu Gaharu/Bakhoor

-PATUTLAH ORANG ARAB SANGGUP BAYAR MAHAL UNTUK KAYU GAHARU-

Marilah kita sama-sama membaca manfaat pembakaran kayu gaharu/bakhoor.
Anda pernah Membakar Kayu Gaharu/Bakhoor ?

Membakar kayu gaharu dan bakhoor agak asing di negara kita. Namun di negara Arab, kayu gaharu dibakar untuk mengeluarkan bau harum semasa majlis keramaian, kenduri kendara, majlis ilmu, kematian dan sebagainya. Ia digunakan secara meluas setiap hari. Malah pada bulan Ramadhan, kayu gaharu dibakar didalam masjid bagi mengeluarkan bau harum untuk keselesaan para jemaah.

Di Masjidil Haram, terdapat bekas perasap yang besar dan diisi dengan kayu gaharu. Tujuannya adalah untuk mengharumkan suasana. Jika anda pernah ke Tanah Suci pasti bau kayu gaharu/bakhoor akan mengembalikan memori ketika menunaikan ibadah ke tanah suci.

Berwangi-wangian adalah sunnah Baginda Rasulullah SAW. Baginda sangat menyukai wangi-wangian sama ada minyak wangi, bunga-bungaan atau pembakaran bakhoor daripada kayu Gaharu. Hal ini turun temurun diwarisi oleh Baginda SAW kepada para sahabat dan tabiin. Jika sesuatu perkara tersebut disukai oleh Baginda Rasulullah SAW pasti ada pelbagai kebaikan yang tersirat dengan mengamalkannya kan ?

Jadi pada hari ini saya ingin berkongsi tentang kebaikan membakar kayu Gaharu atau Bakhoor.

  • Membantu meredakan ketegangan otot dan saraf. Bahan aktif yang terdapat pada kayu Gaharu ini memberikan satu perasaan yang lebih tenang. Sebab itu kita lihat penggunaan kayu Gaharu banyak digunakan bagi tujuan keagamaan. Ia sinonim dengan proses takafur dan meditasi. Ia amat sesuai diamalkan bagi mereka yang sering berhadapan dengan pelbagai tekanan masakini.

“Saya tidak pernah dengar berkenaan Gaharu sebelum ini. Baru-baru ini saya terbaca di Facebook berkenaan kelebihan membakar Gaharu, jadi saya terasa ingin mencuba. Alhamdulillah, suami saya dapat tidur dengan nyenyak. Sebelum ini beliau selalu mengadu sukar untuk tidur kerana terlalu banyak perkara yang difikirkan. Sekarang, suami bangun pagi dengan lebih ceria dan bersemangat kerana dapat tidur dengan nyenyak”

Puan Saadah – Perak
  • Meningkatkan tenaga dan aura positif. Pembakaran gaharu bukan sahaja sesuai digunakan dirumah, tetapi ia sangat bagus digunakan dipremis perniagaan terutamanya yang menjual pakaian. Ia menimbulkan rasa selesa dan gembira untuk pelanggan membeli. Sebab itu, di negara Arab, kayu Gaharu/Bakhoor dibakar secara meluas di gedung-gedung yang menjual pelbagai produk. Selain itu, membakar kayu Gaharu juga dapat mengelakkan daripada sihir dan ilmu hitam yang dihantar bagi tujuan menjatuhkan perniagaan kita.
  • Menciptakan suasana romantik, kasih sayang dan mood yang baik ketika dikamar tidur. Jika anda merasakan bahawa pasangan anda semakin menjauhkan diri, hubungan suami isteri semakin dingin, bolehlah cuba membakar kayu Gaharu/Bakhoor ini dikamar tidur. Pada peringkat permulaan, pasangan mungkin rasa gelisah, tidak selesa dengan bauan tersebut. Teruskan membakar sehingga pasangan anda rasa selesa kerana bauan ini akan menimbulkan rasa romantik dan kasih sayang kepada pasangan. InsyaAllah, pasangan anda akan jadi lebih lembut hati dan hubungan anda akan kembali terjalin.
  • Sebagai pendinding daripada ganguaan makhluk halus. Jika ada anak-anak kecil, eloklah dibakar kayu Gaharu sebelum maghrib dirumah. Namun pastikan pembakar diletakkan di tempat yang lebih tinggi agar tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak. Jin dan syaitan tidak menyukai bauan gaharu ini. InsyaAllah, keluarga akan lebih aman dan harmoni.

2 thoughts on “Budaya Membakar Kayu Gaharu/Bakhoor”

Leave a Reply to adminxxl Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *