Apakah Beza Perfume dan Pati Gaharu ?

Pati Gaharu ialah 100% pati yang mana tidak ada dicampurkan apa-apa lagi. Bila kita nk jadikan perfume barulah kita campurkan dengan pati-pati yang lain. Orang Malaysia kurang familiar dengan bauan pati asli. Ad yang bau agak keras atau busuk. Kalau di Arab, mereka sudah biasa guna pati gaharu asli. Lagipula harganya yang mahal menyebabkan ia tidak digunakan secara meluas di Malaysia.

Rahsia Tersembunyi Minyak Gaharu Yang Ramai Tidak Sedari

Tahukah anda bahawa Gaharu adalah antara 5 perkara di Syurga yang Allah turunkan ke bumi ? Hebat bukan ? Rugi jika kita tidak menggunakan ia dalam kehidupan seharian kita. Gaharu juga disebutkan dalam Hadith Nabi.

Rasulullah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik R.A :

“Sesungguhnya perubatan yang paling baik untuk kamu buat ianya Al-Hijamah(berbekam) dan kayu gaharu”

Sahih Al-Bukhari, Hadis No 56

Ramai yang tahu berkenaan minyak Gaharu yang selalu digunakan dalam pembuatan minyak wangi. Namun begitu, tidak ramai yang menyedari kelebihannya dari aspek kesihatan kan? Jom kita kenali lebih dekat berkenaan dengan minyak Gaharu ini.

1. Minda

Minyak Gaharu adalah terapi minda yang sangat berkesan. Sangat baik untuk mengurangkan stress dan tekanan yang kerap dihadapi oleh pelbagai golongan masa kini, Cara termudah ialah campurkan setitik minyak gaharu didalam diffuser anda dan nikmatilah rasa yang menenangkan. Memberikan rasa tenang dan fokus kepada anak-anak yang sedang belajar. Fikiran yang tenang akan memberikan emosi yang lebih stabil kepada kita. Penggunaan minyak Gaharu secara berterusan mampu menstabilkan emosi. Ia membangkitkan aura positif dan rasa gembira bagi menhadapi hari-hari yang sukar

2. Fizikal

Minyak Gaharu juga merupakan agen anti septik yang sangat bagus untuk kita sekeluarga. Selain itu :

  1. Menghilangkan debaran jantung
  2. Menghilangkan sesak nafas dan melegakan lelah (Asma)
  3. Menyedarkan orang pengsan
  4. Memperkuatkan organ luaran dan dalaman tubuh
  5. Menghilangkan rasa gementar
  6. Menghilangkan rasa sejuk tubuh
3. Perubatan Alternatif

Minyak Gaharu juga sangat sinonim dengan perubatan alternatif yang berkaitan dengan jin/syaitan/makhluk halus. Ini bukan cerita mistik, tapi itulah fungsi hebat minyak gaharu. Sifat minyak Gaharu yang wangi itu sendiri tidak disukai oleh makhluk-makhluk halus ini. Bagi mengelakkan terkena sihir, calit di 32 rongga badan (kening, telinga, mata, hidung, mulut, payudara, pusat, qubul dan dubur, semua hujung jari kaki dan tangan & pakaian sebelum tidur, calit di jari dan dikacau dalam air ruqyah. Pastikan anda mempunyai simpanan sebotol minyak Gaharu asli, untuk masa-masa kecemasan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *