TIPS BAKHOOR TAHAN LEBIH LAMA

Assalammualaikum wbt.. Hari ini Admin nak share dengan pengguna bakhoor yang masih pening kenapa bakhoor dan arang cepat sangat terpadam. Oleh sebab itu, ada 3 perkara yang perlu diberi perhatian :

1. Rahsia Garam Pink Himalaya

Kita semua tahu banyak kebaikan garam pink himalaya. Salah satu dalam kesihatan kita, pengguna boleh gunakan tips mudah ini bila membakar bakhoor. Caranya ialah dengan mengambil sebutir garam pink himalaya atau garam bukit pink, letakkan bersama bakhoor ketika membakar. Bakhoor akan tahan lebih lama dan baunya akan lebih wangi.

2. Teknik Bakar Arang

Ramai yang selepas bakar arang, mereka terus letakkan bakhoor atau gaharu chips. Cara ini adalah salah dan dan merosakkan komposisi bakhoor dan gaharu chips anda. Rugi !. Cara yang betul adalah selepas membakar arang, biarkan selama 3 min sehingga arang anda kelihatan debu putih diatas, barulah anda bakar bakhoor. Cara ini selain membuatkan bakhoor bertahan lebih lama, bakhoor anda akan lebih wangi kerana debu putih itu menghalang proses pembakaran yang cepat dan kesan hangit pada kayu. Pastikan membakar arang dengan medium heat sahaja untuk memanjangkan jangka hayat pembakaran arang.

3. Kawasan Kediaman

Bakhoor akan mudah terpadam dan asap sangat perlahan serta kecil disebabkan kawasan kediaman dan ruang anda. Kerana sifat gaharu mematikan virus dan bakteria yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Boleh dilihat dari cara asap anda keluar. Jika terlalu kecil, asap itu sedang “mensucikan” ruang tersebut. Dikehendaki berbuat sebanyak 3 kali sehari untuk mengekalkan keadaan ruang rumah anda sentiasa bersih daripada sebarang kuman dan bakteria.

Dengan adanya semua perkara ini, bakhoor anda akan tahan lebih lama. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi kami untuk mendapatkan lebih penjelasan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *