Ramai pengamal gaharu ini adalah mereka yang berasal dari negara Timur Tengah. Masyarakat Malaysia tidak ramai yang mengamalkan gaharu ini kerana kurangnya pengetahuan tentang manfaat dari pokok gaharu. Antara manfaat kayu gaharu adalah :
1. Menguntungkan Ekonomi
Gaharu boleh menjadi satu bisnes ladang yang menguntungkan. Hal ini kerana harganya yang sangat tinggi di pasaran dan masih tidak dikuasai oleh ramai pengusaha terutamanya di Malaysia. Kayu gaharu yang berkualiti boleh mencecah ribuan ringgit per kilogram.
2. Memperbaiki Pencernaan
Dengan menggunakan kayu gaharu, gangguan pencernaan dipercayai dapat disembuh. Antaranya masalah seperti sembelit, kembung perut, angin dan cirit-birit. Untuk tujuan ini, kayu gaharu yang digunakan ialah yang telah diolah menjadi minyak pati.
3. Menurunkan tekanan Darah
Selain dijadikan minyak pati, teras kayu gaharu juga dapat dimanfaatkan untuk mengatasi masalah kesihatan. Salah satunya dapat menurunkan tekanan darah dengan menghilangkan sumbatan pada pembuluh darah.
4. Mencegah penyakit tumor
Manfaat gaharu ini bukan hanya untuk penyakit ringan tapi juga untuk penyakit berat seperti penyakit tumor. Ini kerana manfaat gaharu yang memiliki kandungan flavonoid yang dapat melindungi kualitas dan kesihatan sel tubuh.
5. Antioksidan
Ia dapat membantu membersihkan dan menyihatkan tubuh. Penggunaan cecair gaharu memiliki khasiat yang dapat mendetoksifikasikan tubuh.
6. Melindungi daripada gangguan ghaib
Pelbagai gangguan ghaib seperti sihir dapat disembuhkan dengan memanfaatkan penggunaan gaharu.