MEMBAKAR GAHARU DI PREMIS PERNIAGAAN

Boleh ke bakar Bakhoor atau Gaharu di premis perniagaan ?

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT dipagi yang indah ini saya akan berkongsi sedikit penjelasan mengenai budaya membakar gaharu. Membakar Gaharu/Bakhoor ini bukanlah sesuatu perkara yang baru kerana budaya ini telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi. Cumanya di Malaysia, pembakaran gaharu ini dikatakan lebih sinonim dengan pembakaran kemenyan yang digunakan dalam upacara pemujaan dan perubatan bomoh yang menggunakan benda-benda syirik.

Maka, apabila membakar bakhoor, ia pun nampak seperti perbuatan yang tidak baik. Marilah sama-sama kita membuka minda dan melapangkan dada. Sedangkan budaya membakar Gaharu/Bakhoor adalah antara salah satu Sunnah Nabi Muhammad SAW yang telah diamalkan sejak ribuan tahun dahulu, Dan jika kita lihat di Negara Arab, membakar Gaharu/Bakhoor adalah perkara yang biasa. Mereka membakar bakhoor atau gaharu di rumah, masjid, pejabat, premis perniagaan dan lain-lain tempat.

Membakar Gaharu/Bakhoor di premis perniagaan adalah sangat bagus bagi mengelakkan gangguan halus. Bukan sedikit kita dengar berkenaan kes-kes irihati sehingga memnyebabkan bisnes menggulung tikar. Semoga membakar Gaharu/Bakhoor ini dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Sesungguhnya segalanya hanya dengan izin Allah SWT.

Jika tiada gangguan pun elok diamalkan membakar Gaharu/Bakhoor secara konsisten. Ia menimbulkan suasana harmoni antara majikan dan pekerja, mengurangkan stress dan minda kita akan rasa lebih lapang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *