Bakhoor

Bakhoor ialah cebisan kayu yang direndam di dalam wangian untuk dibakar bagi mendapatkan haruman yang lebih lama dan wangi. Bakhoor digunakan secara meluas di Negara-negara Timur Tengah ketika perayaan-perayaan dan juga ia digunakan setiap hari bagi memberikan haruman yang baik di dalam setiap rumah.

Akan tetapi bakhoor yang menepati saranan Nabi SAW adalah yang menggunakan Kayu Gaharu. Antara manfaat bakhoor ialah :

  • Mewujudkan suasana yang aman, tenang, menyegarkan, menaikkan semangat dan memberikan inspirasi.
  • Membuka satu fikiran kepada kerohanian dan mengalihkan dari kekotoran duniawi.
  • Membangkitkan minda dan memberikan rehat minda ketika sibuk.
  • Bakhoor adalah haemostatic yang baik, antiseptik dan agen penyembuhan yang terbaik.
  • Boleh meningkatkan memori.

Imam Bukhari menyatakan bahawa gaharu ialah bauan yang dapat menguatkan fizikal dan juga mental seseorang. Dengan kehidupan yang semakin sibuk dan satu terapi kepada badan dan otak anda. Insya Allah, bauan yang harum ini memberikan aura-aura positif di sekitar kawasan rumah dan yang terpenting dalam diri kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *